Saturday 19 October 2013

3.0 KARYA-KARYA IBNU BAJJAH

       Pemikirannya memiliki pengaruh yang jelas pada Ibn Rushd dan Albertus Magnus. Kebanyakan buku dan tulisannya tidak lengkap (kurang teratur dengan baik) kerana kematiannya yang cepat. Beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam bidang kedoktoran, Matematik, Fizik dan Astronomi. Sumbangan utamanya dalam falsafah Islam ialah gagasannya pada Fenomologi Jiwa, namun sayang kajiannya tidak lengkap sepenuhnya. Karya asal Ibn Bajjah ditulis di dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Latin. Manuskrip asal dan terjemahannya tersimpan di Perpustakaan  Bodlein, Perpustakaan Berlin dan Perpustakaan Escurial (Sepanyol). Ibnu Bajjah menghasilkan karya diantaranya ialah :

   1. Risalah Al-Wida
Risalah Al-Wida menceritakan tentang ketuhanan, kewujudan manusia,alam dan huraian mengenai bidang perubatan. Buku tersebut dikatakan berada di Perpustakaan Bodlein.

  2. Risalah Tadbir al-Mutawahhid
Risalah Tadbir al-Mutawahhid pula mengandungi pandangan beliau tentang bidang politik dan falsafah. Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid. Risalah ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol setelah wafatnya Ibnu Bajjah.

  3. Risalah al-Ittisal al-‘Aql Bi al-Insan
Risalah ini mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta huraian mengenainya.

  4. Kitab al-Nafs
Kitab Al-Nafs Menceritakan tentang persoalan yang berkait dengan jiwa manusia dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang tertinggi daripada kewujudan manusia iaitu kebahagiaan. Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani dan Ibnu Bajjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos, Al-Farabi dan Al-Razi. 

1 comment: