Saturday 19 October 2013

2.0 BIOGRAFI IBNU BAJJAH


      Ibnu Bajjah (ابن باجة ) atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Yahya bin ash-Shayigh (أبو بكر محمد بن يحيى بن الصايغ) dilahirkan di Saragossa, Andalusia pada tahun 475 H (1082M). Beliau berasal dari keluarga At-Tujib lantaran itu beliau dikenali dengan nama Al-Tujubi yang bekerja sebagai pedagang emas. Bajjah diertikan sebagai emas. Ibn Bajjah adalah seorang ahli falsafah dan doktor Muslim Andalusia yang dikenal di Barat dengan nama Latinnya, Avempace. Ibnu Bajjah amat terkenal dalam bidang perubatan dan merupakan salah seorang doktor teragung pada zamannya.Ibn Bajjah merupakan antara cendiakawan yang dapat menguasai pelbagai ilmu yang dipelajarinya.  Ibn Bajjah pernah menjadi penyair bagi golongan al-Murabbitin yang dipimpin oleh Abu Bakr Ibrahim Ibn Tafalwit. Selain itu, Ibnu Bajjah juga merupakan seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal. Malah beliau juga merupakan seorang hafiz al-Quran.


Selain mahir di dalam bidang ilmu dan falsafah yang diceburi oleh Ibn Bajjah, beliau juga turut melibatkan diri di dalam bidang politik. Ia bermula di tempat lahirnya sendiri iaitu di Saragossa apabila dia mula bergiat sebagai penyair bagi pihak al-Murabituhun yang dipimpin oleh Abu Bakar Ibn Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bkr berkuasa di situ, Ibn Bajjah dilantik sebagai menteri.  

No comments:

Post a Comment