Sunday 1 December 2013

baca jappp~~

saya nak follow kalian.. tapi kalian silalah letak button follower yang blogger tuuu.. saya takreti nak guna circle-circle bagaiiii nieee... sebab gogle account sy bermasalah sikit.. huhuhuhuhuhu... ~~~

ya,,,
tolonglaaaa yaaa...
hehe..
nk follow nieeeeee...
=')

Saturday 19 October 2013

IBNU BAJJAH

1.0   PENDAHULUAN




Sepanjang pemerintahan Islam di Sepanyol yang juga dikenali sebagai Andalusia, telah lahir ramai cendiakawan dan sarjana dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang tersebut antaranya seperti ahli sains, matematik, perubatan, falsafah, sastera dan sebagainya. terdapat ramai cendiakawan pada zaman tersebut. salah seorangnya adalah Abu Bakar Muhammad Ibn Yahya al Saigh atau lebih dikenali sebagai IBNU BAJJAH.



2.0 BIOGRAFI IBNU BAJJAH


      Ibnu Bajjah (ابن باجة ) atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Yahya bin ash-Shayigh (أبو بكر محمد بن يحيى بن الصايغ) dilahirkan di Saragossa, Andalusia pada tahun 475 H (1082M). Beliau berasal dari keluarga At-Tujib lantaran itu beliau dikenali dengan nama Al-Tujubi yang bekerja sebagai pedagang emas. Bajjah diertikan sebagai emas. Ibn Bajjah adalah seorang ahli falsafah dan doktor Muslim Andalusia yang dikenal di Barat dengan nama Latinnya, Avempace. Ibnu Bajjah amat terkenal dalam bidang perubatan dan merupakan salah seorang doktor teragung pada zamannya.Ibn Bajjah merupakan antara cendiakawan yang dapat menguasai pelbagai ilmu yang dipelajarinya.  Ibn Bajjah pernah menjadi penyair bagi golongan al-Murabbitin yang dipimpin oleh Abu Bakr Ibrahim Ibn Tafalwit. Selain itu, Ibnu Bajjah juga merupakan seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal. Malah beliau juga merupakan seorang hafiz al-Quran.


Selain mahir di dalam bidang ilmu dan falsafah yang diceburi oleh Ibn Bajjah, beliau juga turut melibatkan diri di dalam bidang politik. Ia bermula di tempat lahirnya sendiri iaitu di Saragossa apabila dia mula bergiat sebagai penyair bagi pihak al-Murabituhun yang dipimpin oleh Abu Bakar Ibn Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bkr berkuasa di situ, Ibn Bajjah dilantik sebagai menteri.  

3.0 KARYA-KARYA IBNU BAJJAH

       Pemikirannya memiliki pengaruh yang jelas pada Ibn Rushd dan Albertus Magnus. Kebanyakan buku dan tulisannya tidak lengkap (kurang teratur dengan baik) kerana kematiannya yang cepat. Beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam bidang kedoktoran, Matematik, Fizik dan Astronomi. Sumbangan utamanya dalam falsafah Islam ialah gagasannya pada Fenomologi Jiwa, namun sayang kajiannya tidak lengkap sepenuhnya. Karya asal Ibn Bajjah ditulis di dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Latin. Manuskrip asal dan terjemahannya tersimpan di Perpustakaan  Bodlein, Perpustakaan Berlin dan Perpustakaan Escurial (Sepanyol). Ibnu Bajjah menghasilkan karya diantaranya ialah :

   1. Risalah Al-Wida
Risalah Al-Wida menceritakan tentang ketuhanan, kewujudan manusia,alam dan huraian mengenai bidang perubatan. Buku tersebut dikatakan berada di Perpustakaan Bodlein.

  2. Risalah Tadbir al-Mutawahhid
Risalah Tadbir al-Mutawahhid pula mengandungi pandangan beliau tentang bidang politik dan falsafah. Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid. Risalah ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol setelah wafatnya Ibnu Bajjah.

  3. Risalah al-Ittisal al-‘Aql Bi al-Insan
Risalah ini mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta huraian mengenainya.

  4. Kitab al-Nafs
Kitab Al-Nafs Menceritakan tentang persoalan yang berkait dengan jiwa manusia dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang tertinggi daripada kewujudan manusia iaitu kebahagiaan. Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani dan Ibnu Bajjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos, Al-Farabi dan Al-Razi. 

4.0 SUMBANGAN IBNU BAJJAH DALAM BIDANG FALSAFAH

Sumbangan Ibn Bajjah dalam bidang falsafah boleh disama tarafkan dengan Al Farabi dan Aristotle . Dalam salah satu bukunya yang terkenal, Tadbir Al-Mutawahhid, ini kerana dalam bidang ini beliau telah mengemukan suatu gagasan falsafah ketuhanan yang membawa maksud manusia boleh berhubung dengan akal faal melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia. Berkaitan dengan teori ittishal tersebut, Ibnu Bajjah juga mengajukan satu bentuk Epistomologi yang berbeza dengan corak yang dikemukakan oelh Al Ghazali di Dunia Islam Timur. Jika Al Ghazali berpendapat bahawa ilham adalah sumber pengetahuan yang lebih penting dan dipercayai, sebaliknya Ibnu Bajjah mengkritik pemikiran tersebut dan menetapkan bahawa sesungguhnya berseorangan mampu pada puncak pengetahuan dan melebur akal faal, bilamana ia telah bersih dari kerendahan dan keburukan masyarakat.
Ibn Bajjah berpandangan, manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan berfikir dan tidak semestinya berfikiran konservatif dengan mengatakan mendekati Tuhan hanya dengan amalan tasawuf semata-mata seperti yang dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali. Dengan ilmu dan amalan berfikir, segala keutamaan dan perbuatan moral dapat diarahkan untuk memimpin dan mengusai jiwa.
Ibn Bajjah berpendapat lagi, seseorang itu harus mengupayakan perjuangannya untuk berhubung dengan alam sama ada bersama-sama dengan masyarakatnya ataupun secara terpisah. Pandangan falsafah Ibn Bajjah ini jelas dipengaruhi dengan idea-idea dari Al-Farabi. Pemikiran lanjut mengenai falsafah Ibn Bajjah dapat terus diikuti dalam teks Risalah al-Wida dan Kitab Tadbir Al-Mutawaahid yang secara umumnya merupakan pembelaan dan sokongan kepada cetusan idea dan falsafah yang dikemukan oleh al-Farabi dan Ibnu Sina kecuali pada bab berkaitan perihal menyepi dan menyendiri.
Terdapat satu persamaan yang agak ketara antara al-Farabi dan Ibn Bajjah iaitu dalam aspek meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka hampir bersempendapat bahawa akal dan wahyu merupakan hakikat yang tidak dapat direnggang, dipisahkan walhal ia saling bersatu padu. Ibn Bajjah berpendapat, dengan adanya akal dan wahyu, seseorang itu mampu mengenali apa sahaja kewujudan samada tentang benda mahupun Tuhan.
Dari sudut moral, Ibn Bajjah berfilasafat bahawa antara tujuan manusia hidup di dunia ini, adalah untuk memperoleh kebahagiaan. Untuk itu, diperlukan usaha yang bersumber pada kemahuan bebas dan pertimbangan akal dan jauh dari nafsu liar. Ibnu Bajjah mengelompokkan perbuatan manusia kepada perbuatan haiwan dan perbuatan manusia. Watak sejati manusia pada hakikatnya bersifat inelektual, yang merupakan karakteristik semua bentuk spiritual. Dan hanya “manusia spiritual” inilah yang benar-benar dapat mengecapi kebahagiaan. Ibnu Bajjah menyatakan bahawa kemajuan intelektual bukan semata-mata usaha manusia tetapi disempurnakan oleh Tuhan dengan memasukkan cahaya ke dalam hati. Pemikiran Ibnu Bajjah tersebut, menurut al Hanafi nampaknya telah mempengaruhu Immanuel Kant, meskipun Kant telah menambah pemikiran-pemikiran baru yang menyebabkan ia lebih maju dari Ibnu Bajjah.
Dari sudut politik pula, segelintir masyarakat beranggapan bahawa Ibn Bajjah menginginkan seseorang menjauhkan diri dari masyarakat. Tetapi sebenarnya Ibn Bajjah bermaksud bahawa seorang mutawwahid harus sentiasa berhubungan dengan masyarakat. Ertinya, seseorang itu mampu menguasai diri dan sanggup mengendalikan hawa nafsu, tidak terseret ke dalam arus perbuatan rendah masyarakat. Dengan kata lain, ia harus yakin akan diri sendiri dan merasa selalu bahawa dirinya contoh tauladan masyarakat, dan bukan tenggelam di dalam arus masyarakat. Sebaliknya jika masyarakat tidak baik, maka seseorang harus menyepi dan menyendiri. Ibnu Bajjah menyedari bahawa kalangan masyarakat yang memiliki sikap dan perilaku mulia tidak ramai jumlahnya. Menurut beliau, mereka yang mempunya sifat mulia ciri-cirinya adalah selalu menjaga kesihatan. Mereka memerlukan sedikit pengetahuan tentang kesihatan agar dapat merawat dan menjaga diri. Selain itu, kesederhanaan dalam kehidupan adalah salah satu ciri sifat mulia. Hal ini kerana sesuatu yang tidak penting seperti kemahuan adalah bukan tujuan utama bagi kehidupan seseorang individu. Ciri terakhir ialah sifat mulia seseorang haruslah banyak bergaul dengan orang-orang yang berilmu dan menjauhi mereka yang mementingkan diri sendiri.